Friday, January 27, 2017

RESEPI SUP AYAM CENDAWAN

Assalamualaikum ...




Dalam pic tu mee goreng dan sup ayam cendawan. Ayamnya tak kelihatan. 
Bekal untuk hasben dan anak soleh :)



RESEPI : SUP AYAM CENDAWAN
SUMBER : MENU REKA SENDIRI

Bahan-Bahan:

  • Isi ayam dipotong dadu
  • Kentang belah dua dan potong nipis
  • Suhun (rendam dahulu 10minit)
  • Fuchuk (rendam dahulu 10 minit)
  •  Cendawan tiram (carik siap-siap)
  • Sedikit  garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu kecik serbuk sup
  • Sedikit daun sup
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih di mayang halus
  • Bunga lawang dan kulit kayu manis
  •  Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya (sebaiknya guna air panas)


Cara Memasak;
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang, bunga lawing dan kulit kayu manis
  • Biarkan sedikit garing dan masukkan isi ayam
  • Bila isi ayam dan bila sedikit masak, masukkan ubi kentang dan serbuk sup kemudian gaul sebati
  • Masukkan air panas – ikut banyak mana kuah yang diinginkan
  •  Kemudian masukkan suhun, fuchuk dan cendawan
  • Masak selama 15minit kemudian masukkan garam dan serbuk perasa
  • Bila dah masak tutup api
  • Kemudian masukkan hirisan daun sup
  • Siap sedia untuk dimakan. 


** Menu ni pun saya dah share dekat group MAHN di FB

No comments:

Post a Comment

Kenyang Perut Suka Hati