Tuesday, November 17, 2015

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK YANG MABELES

Assalamualaikum...

Aku bukan orang Pahang, tapi masak tempoyak ikan patin memang menjadi feberet aku sejak 1st time makan kat rumah member di Muadzam, Pahang. Time tu dia bertunang dan dihidang dengan masakan ni. Yg bestnya masakan ni dimasak olek tukang masak Istana Pahang.

Resepi yg aku share ni bukan resepi dr istana ya. Aku dapatkan dari member ku dr Pahang. Maka, malam tadi gigih masak sementara tunggu hasben balik dari Singapore.


Resepi : IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Sumber : Roomate Lamaku


Bahan;

1 ekor ikan patin ( Bersihkan dan potong ikut kesesuaian sendiri)
3 sudu besar tempoyak**
10 biji cili api kampung (Kalau nak pedas boleh letak lebih)**
Kunyit sebesar ibu jari**
5 ulas bawang merah (Yang ini aku tambah sebab aku suka manis bawang)**
2 keping asam keping
3-4 tangkai daun kesum
1.5 liter air (Atau ikut kesesuaian sendiri)
Sedikit garam


Cara-cara;
  • Blend semua bahan-bahan yang bertanda ** bersama sedikit air
  • Masukkan ikan patin ke dalam periuk dan kemudian masukkan semua bahan-bahan yang telah di blend
  • Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan asam keping
  • Kemudian masukkan air serta daun kesom dan biarkan mendidih
  • Kemudiankan perasakan dengan garam
  • Tunggu sehingga 10-15 minit dah boleh angkat.



*** Aku suka kalau kuah dia lagi pekat dan guna tempoyak baru. Manis tempoyak tu akan menyedapkan masakan.

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Kenyang Perut Suka Hati