Friday, January 27, 2017

RESEPI SUP AYAM CENDAWAN

Assalamualaikum ...




Dalam pic tu mee goreng dan sup ayam cendawan. Ayamnya tak kelihatan. 
Bekal untuk hasben dan anak soleh :)



RESEPI : SUP AYAM CENDAWAN
SUMBER : MENU REKA SENDIRI

Bahan-Bahan:

  • Isi ayam dipotong dadu
  • Kentang belah dua dan potong nipis
  • Suhun (rendam dahulu 10minit)
  • Fuchuk (rendam dahulu 10 minit)
  •  Cendawan tiram (carik siap-siap)
  • Sedikit  garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu kecik serbuk sup
  • Sedikit daun sup
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih di mayang halus
  • Bunga lawang dan kulit kayu manis
  •  Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya (sebaiknya guna air panas)


Cara Memasak;
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang, bunga lawing dan kulit kayu manis
  • Biarkan sedikit garing dan masukkan isi ayam
  • Bila isi ayam dan bila sedikit masak, masukkan ubi kentang dan serbuk sup kemudian gaul sebati
  • Masukkan air panas – ikut banyak mana kuah yang diinginkan
  •  Kemudian masukkan suhun, fuchuk dan cendawan
  • Masak selama 15minit kemudian masukkan garam dan serbuk perasa
  • Bila dah masak tutup api
  • Kemudian masukkan hirisan daun sup
  • Siap sedia untuk dimakan. 


** Menu ni pun saya dah share dekat group MAHN di FB

RESEPI IKAN BILIS GORENG CILI API

Assalamualaikum ...




Menu simple. Buat banyak² boleh simpan seminggu tau. Makan dengan nasi panas² sedap ni. Bertambah tak hengat. Mai akak share recipe. Tadi saya dah share menu ni kat dalam grup MAHN kat FB. Masakan simple je saya boleh share. Tak reti nak masak yang susah-susah. Masih lagi belajar masak ;)



Resepi : IKAN BILIS GORENG CILI API
Sumber : Aswa Group SDF

Bahan :


- 150-200 grm cili api kg (merah) - tumbuk kasar
- 15 ulas bwg merah - mayang halus
- 150-200 grm ikan bilis ( Saya guna ikan bilis Sabah – lebih rangup)

- Sedikit tepung jagung

- ½ cawan minyak utk menumis
- ½ cawan untuk goreng ikan bilis
- 1 sudu teh gula (optional)
- Sedikit serbuk perasa (optional)



Cara memasak :


- Panaskan ½ cawan minyak dan tumis bawang merah

- Goreng bawang sampai garing kemudian masukkan cili api tumbuk tadi
- Masukkan gula dan serbuk perasa (jika perlu)
- Goreng cili api dan bawang tadi sampai betul kering dan naik minyak. Lebih kurang sejam. Dah masak ketepikan
- Dalam bekas lain, ikan bilis yg dibasuh, sejatkan dan gaul bersama sedikit tepung jagung
- Panas ½ cawan minyak dalam kuali lain kemudian goreng ikan bilis yg telah digaul dgn tepung jagung
- Goreng bagi betul betul garing. Angkat dan toskan.
- Kemudian masukkan ikan bilis ke dalam kuali cili api yg telah masak tadi ... Gaul sebati. Simpan dalam bekas kedap udara.




Simple je. Bahan pun tak banyak. Cuma leceh tang nak tumbuk cili tu dan menggoreng je. Lenguh tangan Nak goreng bagi kering pun dekat 2 jam.Tang makan sedap. Nak buat tu fikir banyak kali 

**Ikan bilis Sabah kalau nak beli, boleh order dengan saya. Saya Agen Sabah Dried Food Putrajaya (Email : annaudir@gmail.com)


Wednesday, January 27, 2016

RESEPI AYAM KUKUS GRILL

Assalamualaikum...


Menu ayam kukus grill ni aku buat untuk anak soleh. Bekal dekat rumah pengasuh. Menu ini sesuai juga untuk korang yang diet atkins. Aku suka ayam kukus grill ni. Sedap! Isi dia soft, kat luarnya cam rangup sikit sebab dah grill kan pastu juicy! Simple tau menu ni, sila jangan segan silu mencuba. 



Resepi : AYAM KUKUS GRILL
Sumber: REKAAN SENDIRI ;)

Bahan-bahan;

  • 4-5 ketul ayam yang dah dibersihkan (untuk 2-3 orang makan)
  • Sebiji tomato dibelah 4
  • 1 batang carrot dipotong memanjang
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu perahan lemon (Kalau takda boleh digantikan dengan cuka epal)
  • Halia sebesar ibu jari - Ditumbuk 
  • 2 ulas bawang putih - Ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - Ditumbuk
  • Sedikit minyak zaitun

Cara-cara;
  1. Perapkan ayam 2-3 jam bersama dengan garam, serbuk perasa, perahan lemon/cuka epal, hali, bawang putih dan bawang merah
  2. Kemudian kukus bersama carrot dan tomato.
  3. Kukus selama 15-20 minit sehingga mengeluarkan air kukusan
  4. Panaskan fry pan dengan sesudu minyak zaitun, kemudian grill ayam yang telah dikukus tadi lebih kurang 5-6 minit bagi lapisan luar seakan garing.
  5. Angkat ayam yng dah digrill kemudian masukkan air kukusan ayam dalam fry pan tadi dan masak sehingga pekat.
  6. Akhir sekali curahkan air kukusan ayam yng pekat berkenaan ke atas ayam.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.


Selamat Mencuba!